Saturday, May 30, 2015

Cara menukar motor wiper Exora

Para pemilik Exora pastinya tidak terlepas dengan masalah ini yang seringkali menghantui lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Untuk entry yang bertahap kritikal ini, saya dengan rasa tanggungjawab nak share lah dengan semua cara bagaimana nak tukar sendiri motor wiper ini.

Perhatian! Gantikan hanya jika anda benar-benar pasti motor yang rosak dan bukannya fius (20A).
Sinopsis: Sekiranya fius ini putus, kesannya wiper depan dengan belakang bersama washer tidak akan berfungsi.

Sebagai persediaan, anda perlukan barang seperti berikut :

1 Set ratchet handle wrench.
2. Test pen.
3. Playar.
4. Masking tape (optional).


Langkah 1 : Tanggalkan penutup nat pada lengan wiper (wiper arm) dengan menggunakan test pen. Dan tanggalkan nat padanya. Lakukan pada kedua belah lengan.





Langkah 2. Ingat kedudukan lengan wiper (boleh gunakan masking tape sebagai penanda). Tanggalkan lengan wiper. Gerakkan ke atas dan ke bawah dengan berhati-hati. Buka bonet enjin.



Langkah 3. Tanggalkan klip bulat dengan menggunakan test pen. Lakukan pada semua 9 klip.


Langkah 4. Tanggalkan penutup sisi ini. Ada 2, di sebelah kiri dan kanan.



Langkah 5. Tanggalkan penutup wiper motor (panjang lebih kurang 1.4m). Anak panah menunjukkan kedudukan klip bulat tadi.



Langkah 5. Ikuti gambar di bawah: Longgarkan skru (anak panah merah) yang memegang wiper linkage. Cabut soket penyambung (bulatan biru) sambil menekan dengan jari di bahagian bawah soket. Keluarkan linkage ini dengan berhati-hati supaya tidak mengena pada cermin windshield.

Langkah 6. Tanggalkan nat ini (anak panah kuning). Kemudian tanggalkan 3 skru ini pula (anak panah hijau).



Langkah 7. Tanggalkan motor dan gantikan dengan motor baru. Gunakan playar untuk mencabut soket dari linkage. Pasangkan kembali kesemuanya. Selamat mencuba!


Troubleshoot:

- Motor tak jalan : check fius dan soket.
- Wiper arm terus ke bawah : Cabutkan dulu wiper arm, kemudian hidupkan motor 1 round pada tahap 1, dan matikan. Pasangkan kembali wiper arm pada kedudukan bersedia.

Anda boleh dapatkan motor ini dari lelong.my atau mudah.my.


Derma seikhlas hati jika anda dapati artikel ini membantu :
CIMB - 07140143978523
Hong Leong - 05451195318
(Syafiq Affendi)

Sekian, wassalam.

30 comments:

  1. kalau pasal wiper belakang abg tahu?..sy guna kereta gen2..mintak ilmu cikit

    ReplyDelete
  2. knp wiper no 4 je jln 123 tk jln adakah motor juga yg rosak
    plss respon

    ReplyDelete
    Replies
    1. org cakap dh nak kong.. mcm sy wiper akan sangkut2 jika kt speed 1 dan 2.. serta bising bunyi motor wiper dia..

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Tumpang tanya sifu sifu Exora, saya pon kena kes sama, slow speed & medium tak jalan, hanya high speed aje fungsi, comfirm motor kong ke atao lain lain part?

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Terima kasih utk info yg bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. saya pakai exora...asyik putus je fius bila on wiper, skrg masuk fius terus putus walau x on wiper. dan wiper belakanh asyik on bila reverse walaupun suis wiper belakang dah off

    ReplyDelete
  5. Berkemungkinan BCM (body control module bermasalah. BCM ini bertanggungjawab mengawal alatan elektronik seperti lampu kabin dan wiper.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum, artikel yg sgt membantu saya menukar sendiri wiper motor proton exora saya. Perlu tambah maklumat berikut, setelah pasang motor, pastikan posisi linkage dlm kedudukan yg betul seperti dlm gambar. Masalah berlaku pada saya apabila siap masalah motor, kedudukan linkage tidak betul menyebabkan wiper bergerak berlebihan di luar windscreen. InsyaAllah saya akan memberi sedikit sumbangan kpd saudara sebagai menghargai usaha saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara asas yg perlu diikut pada para amator sekelian ialah dengan menanda dulu setiap screw yg nak dibuka supaya anda tidak hilang jejak. Tanda dan kemudian baru buka. Atau kalau nak lebih jelas, gunakan kamera HP anda. Cukup mudah.

      Delete
    2. Ruj langkah kedua. Telah diingatkan supaya tanda dgn tape kedudukan asal bilah wiper

      Delete
  7. Dimana kedudukan relay wiper depan ?

    ReplyDelete
  8. wiper kekadang melebihi cermin kadang tidak...rasanya memang motor yg rosak kah atau ada hal lain...minta bantuan sikit...🙄🙄

    ReplyDelete
  9. Kereta saya exora cps ...lampu signal,horn ,lampu hazard tak fungsi.Indicator signal kt panel meter berkelip laju

    ReplyDelete
  10. Mintak tolong wiper depan kereta exora saya x bergerak.moto saya dengar ada jln tapi wiper x bergerak apa problem ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mgkin tapak wiper antara motor dan wiper rosak.(yang memegang motor wiper dan dua dua wiper. Getah dia dh haus. Saya pernah tukar satu set. Harga dh lupa. Anggaran lebih seratus la

      Delete
  11. En Ahmad Mad problem saya sama la wiper x gerak motor bunyi je...dah settle ke problem wiper tu..buat dkt mana dan berapa kos nya..

    ReplyDelete
  12. Salam En Ahmad wiper exora saya pada slow speed ia bergerak tersangkut-sangkut medium dn high speed ok. Apabila suis off wiper berhenti pada kedudukan yg tidak betul. Sama juga kalau kita guna wiper untuk mencuci cermin ia bergerak dgn betul tapi akan berhenti pada kedudukan yg tidak betul. Adakah sebab motor wiper atau relay. Untuk pengetahun Encik masa berhenti pada kedudukan yg tidak betul terdapat bunyi ketik-ketik pada bawah stering sebelah kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan..Dah settle ke masalah tuan..Boleh kongsi dengan saya..Apa masalah Nye tu..Saya baru kena gejala yang Sama seperti tuan..

      Delete
  13. Wiper function untuk speed je. .yg slow tak function
    .

    ReplyDelete
  14. Bli motor...kat shopee..masalahya...bila tukar motor..motor ok tapi..bila on.wiper dia turu kebawah dulu lepas tuy baru naik..dan berhenti..ditengah tengah cermin kereta..

    ReplyDelete
  15. Berapa harga wiper motor exora.boleh saya
    tahu

    ReplyDelete
  16. nak tanya kalau motor wiper berbunyi kasar dan kadang2 wiper tiba2 berhenti dan jadi slow apa penyebabnya

    ReplyDelete
  17. Wiper exora guna satu motor untuk depan belakang atau guna 2 motor?

    ReplyDelete