Thursday, September 14, 2017

Cara menukar cabin filter atau penapis aircond

Simpton: angin yang dikeluarkan oleh aircond kereta seperti berkulapuk atau berbau kurang enak. Itu bermakna penapis udara anda sudah uzur dan menyebabkan coil aircond berkulapuk (debu bercampur air yang terhasil dari kesejukan coil tersebut). Untuk model Exora, cabin filter yang digunakan boleh dibersihkan, namun demikian kalau jaringnya terlalu buruk, haruslah ditukar. Cara menukarnya adalah lebih kurang sama seperti di bawah..

Untuk entry kali ini saya nak tunjukkan cara menukar cabin filter atau lebih dikenali sebagai penapis udara kabin kereta.

Cara ini saya tunjukkan untuk kereta Naza Citra (Kia Carens 2).

Anda hanya perlukan :

1 x cabin filter seperti di bawah yang saya order online.




Langkah 1

Buka laci di sebelah kiri penumpang hadapan. Tarik laci ini ke atas hingga tercabut dari pemegang di bahagian bawah (ada dua pemegang; kiri dan kanan).


Langkah 1

Langkah 2


Setelah laci ditanggalkan, akan kelihatan penutup filter (bulatan kuning) dan pemegang laci (dalam bulatan biru) seperti yang dimaksudkan pada langkah 1. Kipas aircond di sebelahnya juga boleh dicuci dan akan saya masukkan dalam entry seterusnya di masa akan datang.


Langkah 2

Langkah 3

Untuk membuka penutup filter ni, tekan tuil kecil di bahagian atas (bulatan hijau), tarik ke depan dan ke atas. .

Langkah 3

Langkah 4
Bila penutup dah dibuka, akan kelihatan seperti di gambar. Untuk mengeluarkan filter 1, pegang pada notch (bulatan hijau) dan tarik ke depan. Bagi filter kedua di bawahnya, gerakkan ke atas dah keluarkan.


Langkah 4 (a)
Langkah 4 (b)

Langkah 4 (c)


Cara mengeluarkan filter 2

Langkah 5


Gantikan filter baru mengikut turutan mengundur dan pastikan tanda arah air flow arah kanan.


Kedudukan tanda air flow (aliran udara)

Penggantian filter baru


Keadaan filter lama

Langkah 6

Pastikan penutup filter masuk ke slot di bawah (anak panah hijau) dan kemudian tekan penutup mengikut arah anak panah kuning hingga berbunyi "klik".Setelah selesai memasang filter baru, pasang semula laci penumpang kiri.


Langkah 6


Nikmati udara dalam kereta anda yang lebih segar.


Sekian.. Wassalam...

Saturday, May 30, 2015

Cara menukar motor wiper Exora

Para pemilik Exora pastinya tidak terlepas dengan masalah ini yang seringkali menghantui lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Untuk entry yang bertahap kritikal ini, saya dengan rasa tanggungjawab nak share lah dengan semua cara bagaimana nak tukar sendiri motor wiper ini.

Perhatian! Gantikan hanya jika anda benar-benar pasti motor yang rosak dan bukannya fius (20A).
Sinopsis: Sekiranya fius ini putus, kesannya wiper depan dengan belakang bersama washer tidak akan berfungsi.

Sebagai persediaan, anda perlukan barang seperti berikut :

1 Set ratchet handle wrench.
2. Test pen.
3. Playar.
4. Masking tape (optional).


Langkah 1 : Tanggalkan penutup nat pada lengan wiper (wiper arm) dengan menggunakan test pen. Dan tanggalkan nat padanya. Lakukan pada kedua belah lengan.





Langkah 2. Ingat kedudukan lengan wiper (boleh gunakan masking tape sebagai penanda). Tanggalkan lengan wiper. Gerakkan ke atas dan ke bawah dengan berhati-hati. Buka bonet enjin.



Langkah 3. Tanggalkan klip bulat dengan menggunakan test pen. Lakukan pada semua 9 klip.


Langkah 4. Tanggalkan penutup sisi ini. Ada 2, di sebelah kiri dan kanan.



Langkah 5. Tanggalkan penutup wiper motor (panjang lebih kurang 1.4m). Anak panah menunjukkan kedudukan klip bulat tadi.



Langkah 5. Ikuti gambar di bawah: Longgarkan skru (anak panah merah) yang memegang wiper linkage. Cabut soket penyambung (bulatan biru) sambil menekan dengan jari di bahagian bawah soket. Keluarkan linkage ini dengan berhati-hati supaya tidak mengena pada cermin windshield.

Langkah 6. Tanggalkan nat ini (anak panah kuning). Kemudian tanggalkan 3 skru ini pula (anak panah hijau).



Langkah 7. Tanggalkan motor dan gantikan dengan motor baru. Gunakan playar untuk mencabut soket dari linkage. Pasangkan kembali kesemuanya. Selamat mencuba!


Troubleshoot:

- Motor tak jalan : check fius dan soket.
- Wiper arm terus ke bawah : Cabutkan dulu wiper arm, kemudian hidupkan motor 1 round pada tahap 1, dan matikan. Pasangkan kembali wiper arm pada kedudukan bersedia.

Anda boleh dapatkan motor ini dari lelong.my atau mudah.my.


Derma seikhlas hati jika anda dapati artikel ini membantu :
CIMB - 07140143978523
Hong Leong - 05451195318
(Syafiq Affendi)

Sekian, wassalam.