Saturday, May 30, 2015

Cara menukar motor wiper Exora

Para pemilik Exora pastinya tidak terlepas dengan masalah ini yang seringkali menghantui lebih-lebih lagi ketika musim hujan. Untuk entry yang bertahap kritikal ini, saya dengan rasa tanggungjawab nak share lah dengan semua cara bagaimana nak tukar sendiri motor wiper ini.

Perhatian! Gantikan hanya jika anda benar-benar pasti motor yang rosak dan bukannya fius (20A).
Sinopsis: Sekiranya fius ini putus, kesannya wiper depan dengan belakang bersama washer tidak akan berfungsi.

Sebagai persediaan, anda perlukan barang seperti berikut :

1 Set ratchet handle wrench.
2. Test pen.
3. Playar.
4. Masking tape (optional).


Langkah 1 : Tanggalkan penutup nat pada lengan wiper (wiper arm) dengan menggunakan test pen. Dan tanggalkan nat padanya. Lakukan pada kedua belah lengan.





Langkah 2. Ingat kedudukan lengan wiper (boleh gunakan masking tape sebagai penanda). Tanggalkan lengan wiper. Gerakkan ke atas dan ke bawah dengan berhati-hati. Buka bonet enjin.



Langkah 3. Tanggalkan klip bulat dengan menggunakan test pen. Lakukan pada semua 9 klip.


Langkah 4. Tanggalkan penutup sisi ini. Ada 2, di sebelah kiri dan kanan.



Langkah 5. Tanggalkan penutup wiper motor (panjang lebih kurang 1.4m). Anak panah menunjukkan kedudukan klip bulat tadi.



Langkah 5. Ikuti gambar di bawah: Longgarkan skru (anak panah merah) yang memegang wiper linkage. Cabut soket penyambung (bulatan biru) sambil menekan dengan jari di bahagian bawah soket. Keluarkan linkage ini dengan berhati-hati supaya tidak mengena pada cermin windshield.

Langkah 6. Tanggalkan nat ini (anak panah kuning). Kemudian tanggalkan 3 skru ini pula (anak panah hijau).



Langkah 7. Tanggalkan motor dan gantikan dengan motor baru. Gunakan playar untuk mencabut soket dari linkage. Pasangkan kembali kesemuanya. Selamat mencuba!


Troubleshoot:

- Motor tak jalan : check fius dan soket.
- Wiper arm terus ke bawah : Cabutkan dulu wiper arm, kemudian hidupkan motor 1 round pada tahap 1, dan matikan. Pasangkan kembali wiper arm pada kedudukan bersedia.

Anda boleh dapatkan motor ini dari lelong.my atau mudah.my.


Derma seikhlas hati jika anda dapati artikel ini membantu :
CIMB - 07140143978523
Hong Leong - 05451195318
(Syafiq Affendi)

Sekian, wassalam.